Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

ANUGERAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 #3 - Kisah Inspirasi Cikgu Mohamad Yusof bin Sulehin

$
0
0
Hai korang, Anugerah Guru Inspirasi McDonald's adalah anugerah tahunan yang diberikan oleh McDonald's Malaysia sebagai penghargaan kepada guru yang telah memberi komitmen sepenuh hati dalam mengasuh pelajar dan memberi inspirasi kepada mereka untuk jadi yang lebih baik.


KISAH GURU INSPIRASI McDONALD'S 2021 CIKGU YUSOF - SMK TAMAN NUSA DAMAI, PASIR GUDANG

Kisah guru dari sekolah SMK Taman Nusa Damai, Pasir Gudang iaitu Cikgu Yusof bin Sulehin yang telah berkhidmat selama 13 tahun sebagai tenaga pengajar, merupakan antara yang tercalon untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2021. Beliau merupakan guru Pendidikan Islam dan juga merupakan warden asrama di SMK Taman Nusa Damai. Cikgu Yusof, seorang yang sangat berdedikasi serta bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu kepada anak muridnya. Wajahnya yang kelihatan sentiasa "babyface" membuatkan beliau sangat disenangi oleh para pelajarnya.


Beliau banyak membantu, memberikan motivasi dan memberi semangat kepada para pelajarnya untuk kekal bersemangat dan terus bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Cikgu Yusof merupakan sorang guru yang sentiasa bekerja keras dan tidak pernah jemu dalam mendidik para pelajar dan menguruskan pelajar dalam kecemasan walaupun di tengah waktu malam. Beliau terus komited untuk menjaga para pelajar di asrama seperti anaknya sendiri. 


Pelajar memanggil Cikgu Yusof sebagai seorang "Cikgu Viral" di media sosial. Penulisan beliau sentiasa menginspirasikan para pelajarnya untuk menjadi seperti beliau. Banyak penulisannya berkait dengan anak muridnya. Cikgu Yusof sentiasa menjadikan para pelajarnya sebagai waktu utama yang menjadikan anak muridnya "viral" di media sosial. Tambahan lain, penulisan beliau sangat bermanfaat untuk dibaca oleh semua rakyat Malaysia.

KEPRIHATINAN CIKGU YUSOF SULEHIN 

Sebagai warga pendidik, memang tanggungjawab yang perlu dipikul adalah mendidik dengan penuh berdedikasi. Bagi Cikgu Yusof pula, beliau perlu selaras dengan keprihatinan sebagai seorang guru bagi memastikan para pelajar sentiasa dapat keperluan harian yang sempurna. Cikgu Yusof telah mengadakan program "Food Bank" di asramanya yang membolehkan para pelajar yang memerlukan mendapat sumbangan makanan yang mencukupi.



Hasil dari program yang dianjurkan oleh Cikgu Yusof, ramai cikgu diluar sana mendapat cetusan idea dari Cikgu Yusof. Selain itu, semasa saya menemu ramah Cikgu Yusof. Beliau meminta masa seketika untuk memberikan beliau laluan seketika dengan memberikan bantuan kepada golongan asnaf. Bukan pada bulan Ramadhan sahaja Cikgu Yusof akan memberikan bantuan malah beliau akan membantu sesiapa sahaja yang susah di sekitarnya dengan memberikan barang keperluan seperti beras, gula tepung, susu dan lain lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Tidak ketinggalan juga anak murid dan kakitangan sekolah yang kurang kemampuan. 

PENGALAMAN CIKGU YUSOF SEMPENA HARI GURU

Semestinya tahun 2021 ini merupakan tahun kedua yang disambut serba kekurangan akibat pandemik Covid-19 yang semakin tinggi graf yang sudah dijangkiti. Saya mengambil peluang ini untuk mengetahui pengalaman beliau menyambut bersama para guru dan anak murid di sekolah sebelum penularan pandemik Covid-19 ini.


Menurut Cikgu Yusof, pengalaman Hari Guru pada tahun ini membuatkan hatinya sayu. Manakan tidak, saban tahun Hari Guru disambut meriah oleh semua warga sekolah. Cikgu-cikgu akan memakai pakaian dengan tema yang telah ditetapkan pada setiap tahun. Beliau tidak akan lupakan tema Hari Guru terutamanya tema pasukan bola kegemaran dan tema kembali ke sekolah.


Cikgu Yusof suka melihat gelagat anak murid ketika menyambut Hari Guru, di mana anak murid tidak melepaskan peluang memberikan hadiah pada guru-gurunya. Paling yang beliau tidak akan lupakan, pada Hari Guru beliau telah menerima hadiah sebekas nasi goreng yang dihadiahkan oleh seorang anak muridnya. Pelajarnya memberitahunya, dia tidak tahu apa yang perlu diberikan kepadanya sebagai hadiah. Akhirnya ibu pelajar tersebut memasakkan nasi goreng untuk dijadikan hadiah pada dirinya. Itu merupakan hadiah yang paling berharga yang pernah Cikgu Yusof dapat sepanjang menjadi guru. Dengan hadiah itu, beliau dapat menjamah nasi goreng yang digoreng dengan penuh kasih sayang oleh anak muridnya untuk dijadikan hadiah lantaran kehidupan mereka yang agak serba kekurangan. Ia sangat menyentuh hatinya sehingga tertitis air matanya pada Hari Guru pada pagi itu
-----------------------------------------------

Rakyat Malaysia telah menunjukkan penghargaan mereka dan mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka pada 2 - 18 April 2021. Dari ribuan pencalonan yang dihantar oleh rakyat Malaysia, hanya 25 orang guru akan menjadi penerima terpilih Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 dan mereka akan menerima wang tunai RM5,000, piala dan sijil pengiktirafan pada majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena Hari Guru nanti.


Nantikan keputusan dan pemenang untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2021 pada hujung Mei ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Guru Inspirasi McDonald's, sila layari https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Trending Articles