Quantcast
Channel: Mimin Adam
Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUKA BUKU PINK DI KK SRI GADING

$
0
0

Haa, kalau awak baca ni memang tengah tengok pengalaman buka buku pink.. Mimin ucapkan tahniah buat awak sebab hamil pertama atau hamil di musim pandemik Covid-19. Yaa. procedur untuk buka buku pink di KK (Klinik Kesihatan) atau KKIA (Klinik Kesihatan Ibu dan Anak) agak rumit sikit. 


BILA WAKTU TEPAT BUKA BUKU PINK?

Waktu tepat untuk buka buku pink ni seeloknya pada mingu ke 12 atau selepas minggu ke 6 kehamilan. Kalau korang buka buku awal, biasanya klinik suruh datang semula. Sebab nak pastikan kehamilan korang betul-betul jadi baru boleh bukak buku pink. Kalau lebih dari 12 minggu, korang mungkin kena bebel sikitlah dengan nurse dekat klinik tu. Kalau lewat tapi korang ada buat dekat follow-up dekat klinik swasta pastikan semua dokumen dari klink swasta tu kau bawak bersama untuk buat buku pink.

Kalau sebelum ni ada pengalaman keguguran atau sejarah penyakit, seeloknya datang awal untuk pantauan klinik.

TEMPAH TARIKH TEMUJANJI DI KLINK KESIHATAN (KKIA/KK)

Aku buat panggilan dahulu dekat klinik yang aku nak buat buku pink ni. Bagi orang Johor terutamanya macam aku yang kat Batu Pahat, mereka suruh buat temujanji (booking) di laman web EPRS http://jknj4.moh.gov.my/qrtca/ isi lah makluman korang dan cadangan tarikh yang korang dah pilih atau pihak klinik cadangkan.


Kalau korang terus terjah datang ke klinik memang mereka akan terima je permohonan korang nak buat buku pink tu. Tapi kemungkinan korang akan dapat jelingan manja dari staff situ. Hahaha. Mau taknya.. Kan tengah tak nak sesak kat klinik tu bagi elak penularan pandemik covid-19. Awak tu dah lah awal kehamilan. Kena extra protetion okay!

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN SEMASA DATANG BUAT BUKU PINK

Bagi korang yang hamil anak pertama atau buat pertama kali mengandung pada waktu pandemik Covid-19, korang kena amik tahu dokumen apa yang perlu dibawa semasa mahu buka buku pink. Digalakkan buat 2 salinan. Sebab staff situ tak sempat nak layan korang photostat kan. Tah tah, mesin photostat pun takde kat situ.


LANGKAH-LANGKAH UNTUK BUKA BUKU PINK

Cadangan aku, korang pilihlah waktu pagi atau lepas waktu tengah hari. Sebab prosesnya yang sangat panjang. Nombor giliran tu dah satu hal yang ambil masa korang.



Di KKIA Sri gading, Batu Pahat. Korang kena pergi ke bangunan bahagian depan untuk dapatkan angka giliran selepas korang scan MySejahtera dan scan suhu. Lepas tu, korang kena pergi ke bangunan tengah serahkan nombor giliran kepada nurse dekat situ dan tunggu sehingga nama korang dipanggil. Nama dipanggil, korang terus lapor diri kat nurse bagitahu nama korang. Terus gerak ke timbang untuk ukur tinggi dan berat badan. Lepas Nurse dah catat berat dan tinggi, korang terus duduk kat kerusi sebelah dia untuk cek tekanan nadi dan dia akan berikan cup untuk cek air kencing. Letak bekas air kencing tadi dekat belakang pintu tandas.

Nama akan dipanggil kemudian, untuk cek bacaan darah rendah ke tinggi. Sebelum korang dapat tarikh temujanji seterusnya. korang akan ditemuramah sejarah kesihatan diri dan keluarga korang. Sekiranya terdapat masalah pada diri sendiri, kemungkinan korang akan diberikan special treatment. Kalau hanya sejarah kesihatan keluarga ada penyakit seperti kencing manis.. Kemungkinan akan diberikan pantauan rapat pada temujanji yang akan diberitahu kelak untuk pantau kesihatan semasa kehamilan korang. Selepas puas nurse tanya macam-macam.. Nurse akan mintak korang untuk buat cek jenis darah korang.

Lepas cek jenis darah, korang akan diarahkan untuk cek gigi. Haa, masa ni korang kena ke bangunan depan yang korang amik nombor giliran tadi. Siap cek gigi, korang kena ke bilik yang nurse tnaya korang macam-macam tadi.. Haaaa ! Barulah korang akan dapat tarikh temujanji seterusnya

------------------------------------------

BUKU PINK MIMIN YANG PERTAMA


Haaa ! inilah buku pink mimin hasil dari beberapa jam dekat KK. Pelekat warna aku warna hijau. Untuk pantauan klinik yang aku ada sejarah kesihatan dari emak dan apak yang ada kencing manis dan darah tinggi.

 


Aku punya darah O positf. Jadi kalau korang tak cukup darah O positif boleh cari aku. Atau mana tahu kalau aku perlukan darah korang. Jangan lah kedekut yaa.. Kita punya darah ni boleh derma kat semua orang. Tapi, orang tak boleh derma darah kat kita kecuali darah sama jenis.

Untuk awal bacaan kehamilan aku semasa buka buku pink sangat okay. Dari segi tekanan darah, bacaan urine, tekanan nadi okay. Cuma part gigi, diaorang a bit risau. Ya! aku ngaku.. Dah lama tak buat cek up gigi since covid-19 ni.

Entry seterusnya aku akan cerita untuk pengalaman scan details aku pulak. Mungkin amik masa sikit. sebab belum buat temujanji dengan klink lagi. Nanti dah selesai buat temujanji dan ada keputusan aku akan update lagi. Hehehe.. Untuk aku juga.. Mana tahu yang kedua dan ketiga dan keempat untuk rujukan aku sendiri juga kan. Bye! doakan semuanya selamat untuk mimin dan untuk awak yang tengah mengandung. Amin !



Viewing all articles
Browse latest Browse all 62

Trending Articles